Hai, hai, hai semua .. hari ini apa kata kita ubah selera ke makanan savori pulak ye..
Aku belajar masak Char Koay Teow waktu aku mengidam (mengandung anak ke 5)
nak makan nya. Biasanya di Bukit Mertajam ( kampungku) mudah nak dapatkan
Koay teow goreng yang lazat.Tapi semenjakku pindah ke Lembah Klang ...
aku tak terjumpa pulak koey teow goreng sepert yang ku idamkan
@ seperti Char Koayteow BM.. Jadi ku cuba resipi ini .. ku google dan Taraaaa....
Gambar di sebelah cuma hiasan aje.. TAPI..
jangan terkejut kalau anda ikut resipi di bawah
betul-betul Char Koayteow anda persis
seperti gambar di sebelah!
CHAR KOAY TEOW (basah)
450g koay teow
1 sudu besar serbuk cili (campur sedikit air supaya menjadi pes)
17 ekor udang besar
1/2 cawan isi kerang
1 cawan tauge
1/2 cawan daun kucai (dikerat-kerat 2in)
2 ulas bawang putih
1/4 cawan kicap masin
1 sudu besar sos tiram( jika suka)
2 biji telur sederhana
garam secukup rasa
3 sudu besar minyak masak
750ml air
Langkah-langkah:
1) Panaskan 2 sudu besar minyak, masukkan udang dan kerang, masak sekejap sampai
udang bertukar warna jadi kemerahan.Angkat dari api.
2) Tuang 1 sudu besar minyak, dan tumis bawang putih.. masukkan pes cili, kicap
sos tiram, air, garam.
3) Selepas mendidih, masukkan koayteow, kacaukan 1 minit
4) Masukkan sayuran kucai dan tauge dan juga udang dan kerang tadi.
5) Sebaik sahaja di masukkan udang dan sayuran, pecahkan telur kedalam satu mangkuk
kacaukan dengan garfu... terus di masukkan ke dalam campurankoay teow tadi.
6) Kacaukan 5-10 saat dan padamkan api.
7) Enak di makan panas -panas.
Aku senang buat koey teow ini sebab masa memasaknya sangat pantas..Masa makannya
lagi pantas...Laju jer masuk dalam mulut dan di telan...hahaha
Selepas ini kalau ada sesiapa berminat nak buka gerai Char Koeyteow menggunakan resipi
di atas..silakanlah.. tapi jangan lupa try di rumah dulu dan lihat hasilnya ye!
Selamat Mencuba..

No comments:
Post a Comment