Raisin Pear Muffin...mmmm sedap dan harum


Salam kengkawan semua, apa khabar semua..?Pada sesiapa yang dah cuba resipi saya yg dulu tu,
kalau ada masalah sila tanya saya ye..kalau boleh saya mau  anda buat kek yang hebat2. Lebih hebat daripada saya lagi bagus. Satu daripada rahsia buat kek dan pastri yang baik ialah kena ikut sukatan dengan betul.
Jangan main lebih kurang je..ye


Ada resipi hebat hendak ku share
di sini.. Ini resipi daripada Chef Wan tapi dah ku ubah suai sedikit jer..

MUFFIN PEAR DAN RAISIN

Bahan- bahannya:

4 biji Pear, buang kulit dan bijinya kemudian dadukan
1 cawan gula castor
1/2 cawan minyak sayuran
2 biji telur besar ( dipukul sedikit kembang)
2 sudu teh esen vanilla
2 cawan tepung serbaguna
2 sudu  teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
2 sudu teh serbuk kayu manis
1 sudu teh serbuk pala
1 sudu teh garam halus
1 cawan raisin (kismis)
1 cawan walnut ( dicincang)
sedikit walnut untuk dekorasi ( biar sebiji-sebiji)

Langkah-langkah:

1)Panaskan ketuhar 170 darjah C. Sapukan sedikit mentega ke 18 muffin cup.
2)Gaulkan buah pear dan gula.
3)Di dalam satu mangkuk besar, gaulkan minyak, telur dan vanilla
4)Di dalam mangkuk sederhana, satukan dan ayak bersama tepung, baking powder, soda bikarbonat,
kayu manis, pala dan garam.
5)Masukkan campuran pear tadi ke dalam campuran telur dan perlahan-lahan tambahkan
campuran tepung  tadi. kaup dan balikkan raisin dan walnut , jangan terlebih kacau.
6)Bahagi-bahagikan adunan ke dalam muffin cups. Hias dengan whole walnut.
7)Bakar selama 30 minit atau sehingga skewer yang di cucukkan ke tengah muffin keluarnya bersih.
8)Hidang panas2 atau pada suhu bilik.

Tips: Bila anda sukat guna cawan, biarlah guna measuring cups ( boleh dibeli di supermarket)
Pls jangan guna cawan yang anda guna untuk minum teh tu ye.. hehe

Resipi ini mmg kegemaran anak2 saya  dan juga suami.... sekejap jer masak dah licin!!!!! Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment