Pai Epal Ombak Rindu

Salam sejahtera kepada semua, Pai Epal ini kegemaran anak -anakku terutama yg remaja
.Setiap kali ku buat pai ini baunya harum semerbak...diorang tak sabar2 nak makan ..pai ni kalau baru2 keluar dari oven, biar sejuk dulu ye jangan di makan terus...nanti melecur lidah...bawak bersabar...hahaha

Warning: Bila makan pai ini siap la kengkawan semua ...berombak ombak rindu  nak makan lagi..hehe

Wokeh, jom mulakan...



PAI EPAL OMBAK RINDU

Bahan-bahan untuk Pastri

450 g tepung gandum
secubit garam halus
200g mentega
7-8 sudu besar air sejuk (air ais)

1) Gaul dan ramas tepung, mentega dan garam sampai nampak macam serbuk roti.
2) Masukkan air sejuk dan gaul sampai jadi doh. Jangan terlalu banyak uli, cukup sekadar doh menjadi satu      dan tak ada doh melekat di mangkuk adunan. Kebiasaan bagiku, doh yang dah siap ku simpan sekejap di
peti sejuk bahagian bawah ...untuk mendapat pastri yang lebih rapuh.

Bahan-bahan untuk Inti Epal:

6 biji epal hijau ( lebih baik kalau epal Granny Smith) buang kulit, biji dan hiris nipis
1 cawan gula pasir (anda boleh adjust kemanisannya)
1/2 cawan air
 1 sudu teh serbuk kayu manis (cinnamon)
1 sudu teh serbuk pala (nutmeg)
*Masak kelima-lima bahan di atas ini sampai kering airnya. Jangan lupa dikacau  terus  dengan api sederhana..supaya tidak hangus...hehe

2 biji epal hijau( buang kulit  dan biji dan hiris nipis)
15g  mentega (lembut) untuk di berus  di atas epal
1 biji kuning telur untuk diberus di atas kulit pai di bahagian atas

3)Panaskan oven pada 180 darjah Celsius
4)Keluarkan doh pastri tadi dari peti sejuk, canaikan dan letakkan ke dalam acuan pai dan cucuk-cucukkan dengan garfu supaya kelihatan banyak lubang lubang kecil di semua bahagian kulit pai. Kemaskan bahagian tepi pai. Bakar di dalam oven selama 5 minit  sahaja. (Bake Blind)
5)Ratakan  inti epal yang telah sejuk ke atas kulit pai yang telah di" bake blind" tadi. Susunkan hirisan epal segar sehingga menutup semua inti pai. Sapu mentega lembut ke atas susunan epal ini.
6) Canai lebihan pastri tadi mengikut saiz acuan pai. Letakkan di atas acuan supaya menutup pai yang telah diisi inti tadi.
7) Picit di tepi sekeliling  supaya bercantum bahagian bawah dan atas pai.
8) Kemaskan bahagian tepi.
9) Sapu rata kuning telur di atas kulit atas pai supaya kelihatan menarik setelah di bakar
10) Bakar pai di dalam oven pada 180 darjah Celsius sehingga masak

Demikian cara2 membuatnye..  Bagiku keistimewaan pai ini terletak pada kulitnya yang rapuh..
bila masuk ke dalam mulut bercampur dengan rasa masam manis puree epal tambah pulak harum bau cinnamon dan nutmeg ...mmmm serta merta stress ku hilang
...nikmatnya pai epal... Cuba ye..jangan tak cuba.. Salam

No comments:

Post a Comment